Oleh: Hayat Abdul Latief
Kita diperintah untuk bergembira terhadap karunia dan rahmat Allah SWT. Firman-Nya:
قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
“Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”. (QS. Yunus: 58)
Di antara bentuk rahmat Allah itu diutusnya para nabi dan rasul terutama rasul terakhir, yaitu Nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman:
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QS. Al-Anbiya: 107)
Nabi Muhammad diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam
a. Nabi Muhammad sebagai rahmat bagi orang beriman.
لَقَدْ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ
“Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman.”
لَقَدْ مَنَّ اللّٰهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ اِذْ بَعَثَ فِيْهِمْ رَسُوْلًا مِّنْ اَنْفُسِهِمْ يَتْلُوْا عَلَيْهِمْ اٰيٰتِهٖ وَيُزَكِّيْهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَۚ وَاِنْ كَانُوْا مِنْ قَبْلُ لَفِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ
“Sungguh, Allah telah memberi karunia kepada orang-orang beriman ketika (Allah) mengutus seorang Rasul (Muhammad) di tengah-tengah mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al-Qur’an) dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
b. Nabi Muhammad sebagai rahmat bagi non-muslim:
1. Siapa yang membunuh kafir dzimmi, tidak akan mencium semerbak wanginya surga.
2. Dilarang membunuh pendeta, wanita dari anak-anak yang tidak ikut perang.
3. Dilarang merusak lingkungan dalam perang dan seterusnya.
Dalam kajian perbandingan Agama dr. Zakir Naik, terdapat ramalan Sidharta Gautama tentang nabi akhir zaman.
Ananda (anak murid Buddha) bertanya kepada Sidharta Gautama, “Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggalkan kami?‘
Sidharta Gautama menjawab: “Saya bukanlah Buddha (orang yang mendapat pencerahan rohani) yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta yang terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu.”
Ananda bertanya lagi, ‘Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini ?’
Jawab Sidharta Gautama: “Dia akan dikenali dengan gelar Maitreya.”
Perkataan “Maitreya’” di dalam bahasa Sansekerta atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali berarti dia yang memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan Arab yang memiliki arti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’, sesuai dengan Al-Quran Surah Al Anbiyaa ayat 107 yang artinya: “Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Nabi Muhammad SAW dikenal dengan sebutan “dia yang bersifat kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.
Sidharta Gautama pernah menyebut “Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama saya yang benar kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak murid beliau) seorang Tathagata (Nabi) tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi dia akan sebarkan atau mengajar keseluruhan agama itu. (Terbukti Nabi Muhammad diperintah oleh Allah Tuhan yang Maha Berkuasa untuk menyampaikan keseluruhan agama Islam kepada semua lapisan masyarakat tanpa menyimpan atau menyembunyikan sesuatu kebenaran, dari zaman beliau hidup hingga ke hari ini dan seterusnya Al-Quran dibaca dan di ajar secara terbuka. Nabi Muhammad dengan tegas melarang sesuatu ajaran agama itu disembunyikan).
Di dalam satu penjelasannya, Sidharta Gautama memberi tahu kepada pengikut beliau, bahawasanya semua Buddha (Nabi) dahulu memiliki murid dan khadam yang amat setia kepada mereka. Murid dan khadam yang amat setia kepadaku sekarang ialah Ananda. Seterusnya Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka”. (Terbukti Nabi Muhammad SAW) pun memiliki seorang murid dan khadam yang amat setia, yaitu Anas bin Malik raḍiyallahu’anhu yang dihadiahkan oleh keluarganya kepada Nabi Muhammad semasa Anas berumur 8 tahun. Nabi Muhammad amat mengasihi Anas dan mengangap Anas sebagai anaknya sendiri. Anas sentiasa mendampingi Nabi mahupun masa senang atau susah, masa perang, atau masa damai sampai Nabi Muhammad wafat.
a. Dalam peperangan Uhud nyawa Nabi dalam keadaan bahaya dan Nabi hampir dibunuh.Walaupun begitu Anas tetap dengan Nabi.Umurnya di masa itu hanya 11 tahun.
b. Dalam peperangan Hunain Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam dikepung oleh musuh yang terdiri daripada pemanah dan nyawa beliau terancam tetapi Anas walaupun berumur 16 tahun tetap bersama Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam.
Peristiwa yang tersebut di atas membuktikan bahawa Anas adalah seorang murid dan khadam yang benar-benar setia kepada Nabi Muhammad SAW.
Menurut Sidharta Gautama ada enam kriteria untuk mengenali seorang Nabi Terakhir:
1. Seorang Nabi akan mencapai tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana) di waktu malam. (Terbukti Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam mencapai darjat yang paling tinggi di waktu malam ketika mendapatkan wahyu pertama sebagai tanda kenabian di gua Hira). Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
اِنَّآ اَنْزَلْنٰهُ فِيْ لَيْلَةٍ مُّبٰرَكَةٍ اِنَّا كُنَّا مُنْذِرِيْنَ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang diberkahi. ) Sungguh, Kamilah yang memberi peringatan.” (QS. Ad-Dukhan: 3)
Juga Firman-Nya:
اِنَّاۤ اَنۡزَلۡنٰهُ فِىۡ لَيۡلَةِ الۡقَدۡرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Qadar (kemuliaan).”
2. Di waktu dia mencapai Nirvana rupanya akan menjadi amat cerah. (Menurut Anas bin Malik raḍiyallahu ‘anhu malam wafatnya Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam wajah beliau sangat cerah sekali)
3. Seorang Nabi akan meninggal dunia atau wafat dengan sebab yang biasa (natural death). (Terbukti Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam wafat atau meninggal dunia dengan sebab yang biasa (natural death).
4. Seorang Nabi akan meninggal dunia di malam hari. (Terbukti menurut Siti Aisyah radhiallahu ‘anha, Nabi Muhammad wafat atau meninggal dunia di waktu malam. Malam kewafatan Nabi Muhammad tidak ada minyak lampu di rumahnya. Sehingga Siti Aisyah terpaksa meminjam sedikit minyak untuk menyalakan lampu)
5. Sebelum wafat rupanya akan menjadi amat cerah. (Terbukti semasa Nabi Muhammad di lantik menjadi seorang Rasul, beliau merasakan dirinya dan kefahamanya dipenuhi dengan cahaya rohani)
6. Setelah wafatnya, Nabi tidak akan wujud atau ada di alam dunia ini lagi. (Terbukti setelah pengkebumian Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam, jasadnya tidak dilihat lagi di alam dunia ini.
Menurut Dhammapada, Mattaya Sutta, 151: Maitreya yang di tunggu akan memiliki sifat-sifat yang terpuji; Perasaan belas kasihan untuk semua makhluk. Seorang utusan pengawal keamanan dan seorang pendamai. Yang paling berjaya di alam ini)
Maitreya sebagai pendakwah moral adalah: Seorang yang sentiasa berkata benar. Yang berbudi bahasa penuh makna. Yang bersifat lemah lembut dan dari keturunan bangsawan (red: terbukti beliau terlahir dari suku paling Quraisy). Tidak sombong atau angkuh. Sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk. Sebagai contoh ikutan (dalam amalan dan perkataan atau percakapan) untuk semua manusia. (http://www.saba-islamic-media.com). Wallahu a’lam.
Diambil dari berbagai sumber. Semoga bermanfaat!
(Khadim Korp Da’i An Nashihah dan Pelajar Ma’had Aly Zawiyah Jakarta)